Friday, June 27, 2008

ALAT MENANGKAP IKAN TRADISIONAL sr1

Serkap

Serkap ialah sejenis alat untuk menangkap ikan yang diperbuat daripada buluh, rotan atau bemban. Serkap diperbuat daripada buluh yang diraut halus. Kemudian buluh tersebut akan disusun di atas kerangka yang berbentuk bulat. Kerangka itu pula diperbuat daripada buluh yang dililit menggunakan rautan rotan. Ia berbentuk seperti kelongsong dan terbuka hujungnya. Penangkap ikan akan berjalan sambil menyerkap secara rawak ke dalam air atau lumpur kemudian menggagau ke dalam serkap tersebut. Serkap biasanya digunakan untuk menangkap ikan haruan, keli dan puyu terutamanya di dalam kubang air di sawah pada musim kemarau. Serkap juga boleh digunakan bagi menangkap dan mengurung ayam.
Sauk
Sauk digunakan untuk menangkap ikan, memungut siput, remis di sungai-sungai. Rekabentuk sauk adalah kelihatan seperti satu penceduk atau timba bujur dengan ukuran sekitar 36cm x 15cm x 15cm. Sauk ini mempunyai pemegang yang diperbuat daripada kayu bersaiz sederhana mengikut keselesaan dan keperluan tersendiri. Bahagian sauk yang berbentuk penceduk itu diliputi dengan jaringan berlubang kecil bagi membenarkan air keluar dan meninggalkan hasil yang disauk di dalamnya. Ikan yang biasa ditangkap dengan menggunakan sauk adalah seperti kalui dan belida

Tangkul
Tangkul berbentuk segiempat tepat biasanya berukuran kira-kira 25 kaki persegi dan di sisinya terdapat satu pergelangan yang diperbuat daripada rotan. keempat-empat pepenjurunya diikat dengan tali kira-kira 10 kaki dan disambung pada sebatang galah supaya mudah diturun-naikkan. Tangkul direndam di dalam air selama sepuluh minit sebelum diangkat. Ikan-ikan yang berada di kawasan tangkul akan terperangkap di dalam kandul pada bahagian tengah tangkul. Hasil tangkapan dengan menggunakan tangkul adalah seperti sepat, puyu dan seluang




Lukah
Lukah ialah sejenis alat menangkap ikan di kawasan air tawar. Ia sesuai digunakan di temapt seperti tali air, sungai dan parit. Lukah berbentuk seakan-akan seperti bubu. Ia diperbuat daripada bilah rotan atau buluh yang disusun dan diikat hingga menjadi seperti sebuah bekas. Lukah mempunyai saiz panjang lebih kurang satu meter dengan garis pusat lebih kurang 20 hingga 30 sentimeter. Di bahagian hujung dalam lukah terdapat lubang untuk membolehkan ikan masuk di mana terdapat bilah rotan yang runcing dan tajam yang disusun menjadi seperti kon di sepanjang lauan ikan. Ini menjadikan laluan tesebut semakin sempit dari lubang yang pertama sehingga lubang yang kedua. Terdapat jejari tajam pada bahagian hujung lubang yang kedua. Ia bertujuan untuk mengelakkan ikan daripada terlepas keluar melalui lubang yang sama. Ikan yang masuk sehingga melepasi lubang yang kedua akan terperangkap di bahagian dalam lukah. Terdapat juga lubang yang berfungsi untuk mengeluarkan ikan daripada lukah pada bahagian paling hujung lukah.
Bubu
Bubu merupakan sejenis alat menangkap ikan dan termasuk dalam kumpulan perangkap. Terdapat beberapa jenis bubu antaranya ialah bubu batang, bubu daun, bubu janbul dan bubu sadah. Secara amnya, sebuah bubu dibentuk daripada tapak berbentuk empat segi bujur yang diperbuat daripada rotan atau buluh mengikut rupa bentuk tertentu. Seluruh tapak dan rangka ini diliputi dengan kawat mata punai. Di bahagian depannya terdapat satu pintu masuk yang dipanggil injap yang berbentuk seperti leher kuda. Fungsinya adalah untuk memerangkap hasil tangkapan dengan membenarkan ikan masuk tetapi menghalangnya daripada keluar, manakala satu lagi pintu yang boleh dibuka dan ditutup, berada di bahagian tapak untuk mengeluarkan hasil tangkapan. Antara hasil tangkapan ikan yang biasa diperolehi ialah ikan sepat, keli, haruan, puyu dan ikan air tawar yang lain yang amat digemari oleh masyarakat desa.

PEMUSAHAN LOJI NUKLEAR KOREA UTARA













Fri Jun 27, 10:14 AM ET

Menara Penyejuk loji nuklear Korea Utara dimusnahkan di Korea Utara pada 27 Jun 2008 sebagai simbolik kepada komitmennya terhadap perjanjian nuklear, sehari selepas mengistiharkan jumlah simpanan nuklearnya.

Sumber: