Friday, August 20, 2010

SEPETANG DI PASAR RAMADHAN


SEPETANG DI PASAR RAMADHAN
Berjalan dipasar ramadhan
Mata meliar menduga selera
Perut bersorak meneka habuan
Falsafah puasa entah kemana pergi
Fakir dan Miskin tiada lagi peduli
Perut sendiri perlu diisi
Ramadhan menjadi pesta resepi

Berjalan dipasar Ramadhan
Ku lihat anak dara dan mak janda
Atasnya tertutup hingga ke dada
Bawahnya berbelah hingga ke paha
Membangun amarah yang sedang lena
Memperkosa puasaku dengan rakus
Hari ini laparku menjadi sia-sia lagi

Pulang dari pasar Ramadhan
Lima jari berhias plastik warna-warni
Diwajah tersenyum puas hati
Perut pasti membuncit
Puasa semakin kurus
Besok pasti kembali lagi
Setelah sepagi berlapar
Puasaku bakal terkorban dipenghujung hari

Tuesday, August 17, 2010

Muhasabah Ramadhan

Peristiwa hitam yang berlaku di pasar ramadhan jasin yang telah mengorbankan tiga jiwa amatlah menyayat hati, apatah lagi ianya berlaku tatkala umat islam sedang sibuk membuat persiapan untuk berbuka puasa. Ribut puting beliung yang datang datang secara mengejut telah menerbangkan khemah-khemah dan membawa bersama-sama juadah berbuka puasa sekali gus menggemparkan orangramai yang berada disitu. Peniaga dan Pengunjung pasar tersebut menjadi kaget dan hilang punca untuk mencari tempat perlindungan menyebabkan ramai yang tercedera dihempap objek yang yang diterbangkan angin.
Begitulah hebatnya kuasa tuhan, dengan tentera yang sekecil ini telah menghuru-harakan keadaan disini. Peristiwa ini juga mengingatkan kita tentang peperangan Ahzab dimana Allah telah menurunkan bala tenteranya berbentuk ribut menghalau tentera Abu Sufian kembali ke Mekah. Bila berlaku peristiwa sepeti ini Pasti Ramai yang akan mengatakan bahawa ini adalah satu bala dari Allah SWT, Begitu jugalah ramainya yang menetangnya dan lebih selesa memanggilnya dengan nama bencana Alam. Walau apapun istilah yang digunakan kita wajib menerima bahawa setiap musibah yang datang adalah untuk kita bermuhasabahkerana ini telmaktub di dalam al Quran.
Justuru itu marilah kita bermuhasabah diri terhadap apayang yang telah kita lakukan dalam membuat persedian dan mengimarahkan Ramadhan Al Mubarak ini. Ramadhan adalah satu bulan Yang dimuliakan Allah yang dianugerahkan kepada umat Muhammad. Ramadhan adalah bulan keberkatan, bulan keampunan, bulan yang penuh dengan ganjaran dan bulan yang tersembunyi diantara malamnya al Qadar. Ramadhan seharusnya dinantikan dengan keazaman untuk merebut segala ganjaran yang sangat hebat ini. Malangnya dalam membuat persediaan untuk menyambut ramadhan ini kita lebih menumpukan kepada pesediaan yang berkisar tetang makanan. Peti ais akan dipenuhkan, berbagai buku resepi dibeli atau disalin, topik perbualan juga tentang menu dan juadah dan sebagainya. Disebalik persediaan makanan jasmani, kita lupa dan mengabaikan makanan rohani. Rohani kita yang kelaparan sepanjang tahun dibiarkan berlarutan dibulan ramadhan sedangkan sepatutnya kita melebihkan rohaniah dan jiwa kita dibulan ramadhan ini berbanding dengan tuntutan jasmani. Jasmani cumalah sarung bagi rohani kita ibarat cengkerang pada si umang-umang, yang akan reput dimakan ulat dan cacing apabila kita mati kelak. Rohani yang kita abaikan selama inilah yang akan mengapa Khalik nya. Hatta diluar bulan ramadhan pun kita selalu melebihkan perhiasan jasmani, ratusan ringgit malah lebih sanggup kita habiskan untuk alat mekap, rawatan wajah, rawatan rambut, melangsingkan badan dan sebagainya. Jiwa kita dibiarkan lusuh, berserabut, tak terurus dan cacat di sana-sini. Bila sakit demam kita bersegera berjumpa doktor dan mencari penawar sedangkan jiwa kita yang sakit kita biarkan terlantar tanpa sebarang penawar.
Berpuasa dibu lan ramadhan adalah syariat. Salah satu hikmah berpuasa adalah supaya kita menginsafi terhadap mereka yang kurang berkemampuan, yang tidak upaya untuk mendapatkan makanan. Malangnya kita menjadikan bulan ramadhan ini sebagai bulan pesta makanan bukan bulan yang kurang makanan dan kelaparan. Lihat sahaja di pasar-pasar ramadhan, berbagai-bagai makanan disediakan, ada yang tidak pernah ditemui sejak 30 tahun lalu dijelmakan semua, ada dari timur dan ada dari barat. Maka kita bepusu-pusu ke pasar ramadhan merai dan memeriahkan pesta makanan ini. Tidakkah ini bercanggah dengan falsafah puasa itu sendiri. Lihat sahaja peniaga dipasar ramadhan, mereka berada disana sejak pukul 4 lagi untuk membuat persedian berniaga. Di kalangan mereka itu berapa keratkah yang meninggalkan gerai masing-masing untuk menunaikan solat asar. Lihat sahaja pengunjung pasar ramadhan berapa ramai wanita yang menutup kepala tapi mebuka aurat, berapa ramai pula yang berpakaian menjolok mata. Setelah seharian berpuasa apabila pulang dari pasar ramadhan puasa akan menjadi sia-sia. renungkan