Monday, May 19, 2008

PRU 13?

Keputusan Tun M keluar dari parti yang ditubuhnya mengejutkan seluruh negara dan seterusnya memberikan satu tamparan hebat kepada kerajaan yang sedang memerintah. Tindakan beliau juga telah memperlihatkan pepecahan dalam UMNO adalah sangat meruncing. Dari khabar angin yang hebat bertiup sejak petang tadi, ramai lagi ahli parlimen yang lain akan turut mengikut langkah beliau sebagai menunjukkan protes kepada Pak Lah. Walaubagaimanapun Tun M awal-awal lagi mengingatkan golongan ini agar tidak menyertai gabungan pembangkang (PR). Kalaulah ini benar-benar berlaku, ahli-ahli parlimen ini akan keluar dari UMNO dan menjadi wakil bebas. Mereka ini akan berada di blok wakil bebas bersama-sama Brahim Ali dan sekali gus akan mengurangkan majoriti BN dalam parlimen. Untuk membolehkan PR mengatasi BN dalam parlimen 59 ahli parlimen UMNO perlu keluar menjadi ahli bebas dan ini adalah sukar berlaku. Jika terdapat sebilangan ahli parlimen UMNO keluar parti maka bilangan ahli lompat parti yang diperlukan oleh PR makin berkurang. Melihat kepada keadaan yang tidak stabil dalam parti peneraju ini, kemungkinan besar ahli-ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak yang dikatakan akan melompat parti dan menyertai PR akan berbuat demikian tanpa perlu berfikir panjang lagi. Jika ini berlaku Pak Lah mempunyai dua pilihan iaitu, memberi laluan kepada PR untuk menerajui negara atau menggunakan kuasanya untuk membubarkan parlimen bagi membolehkan pilihanraya umum ke 13 diadakan. Sama-sama kita tunggu......

No comments: