Saturday, August 30, 2008

Merdeka Cara Kita

Merdeka, Merdeka, Merdeka, tambah lagi 4 kali bagi cukup 7.

Bila bangun dari tidur hari ni tak tau nak pi mana, apa lagi aku pun buatlah aktiviti yang paling popular iaitu membasuh kereta. Sambil-sambil basuh tu terfikir juga tentang nikmat yang kita kecapi berada dalam negara yang merdeka. Kita masih dikira sangat beruntung berbanding jiran-jiran sebangsa kita yang berada di Selatan Thai dan Mindanao. Kenapa nasib mereka masih belum berubah walaupun politik dunia telah melewati beberapa fasa.

Entah mengapa hatiku tiba-tiba tersentuh, aku mula terfikir kenapakah kita meninggalkan mereka sendirian. Patutkah kita bersuka-ria menyambut merdeka dan melupakan penderitaan mereka.

Kalau dikaji perjuangan Cikgu Brahim Yakob, Dr Bahanuddin, Ahmad Boestamam dan mereka yang seangkatannya, semua menuntut kemerdekaan dalam gagasan Melayu Raya. Kalaulah ini berlaku nescaya sekarang ini orang melayu akan mempunyai sebuah negara yang besar yang akan digeruni di rantau ini atau mungkin lebih jauh daripada itu. Mungkin juga sekarang ini kita merupakan satu gergasi ekonomi dunia. Mungkin juga selatan Thai kini berada dalam gagasan tersebut dan terselamat dari konflik yang dihadapi sekarang. Mungkin Kerajaan filipina lebih menghormati penduduk Mindanao. Betapa jauhnya pandangan pemimpin-pemimpin tersebut.

Malangnya UMNO memilih untuk mengikut plan British. Ternyata plan pecah perintah British ini nyata berjaya. Terbuktilah sekarang ini merdeka cara kita ini hanya membawa kebahgiaan sementara. Kita bukan saja tidak mampu menjaga kestabilan serantau malah kepentingan bangsa juga semakin terhakis. Janganlah disalahkan anak-anak muda kerana memihak kepada pembangkang. Sedarlah ini adalah golongan menuntut satu pemerintahan yang mematuhi perlembagaan persekutuan. Ini adalah golongan yang mahukan keadilan kepada semua mengikut perlembagaan. Kalau kita merasakan kedudukan kita tergugat salahkan cara kita mendapat kemerdekaan.

No comments: