Tuesday, September 16, 2008

Fahamilah sistem parlimen kita


Keadaan politik di negara kita kebelakangan ini sangat mendebarkan. Boleh dikatakan setiap hari ada saja perkembangan yang mengejutkan. Pekara yang paling mendapat perhatian bukan saja oleh rakyat kita malah seluruh dunia sudah tentulah polemik DSAI untuk menumbangkan kerajaan sedia ada melalui pintu belakang. berbagai pendapat dan pandangan yang dapat kita perhatikan samada yang pro dan kontra.


Antara pendapat yang sering kita dengar adalah cara yang dipilih oleh DSAI ini adalah satu cara yang tidak bermoral dan membelakangkan mandat rakyat. pendapat ini bukan saja datang dari ahli-ahli politik malah juga dari tokoh-tokoh akedemik dan kemudiannya didendangkan oleh rakyat. Benarkah begitu? Rakyat perlu diberikan kefahaman yang tepat tentang sistem yang kita amalkan dan sekarang adalah masa yang paling baik untuk kita memahami sistem politik negara kita.


Sejak dari tarikh kemerdekaan kita, negara kita mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan, Demokrasi Berparlimen. Sistem ini juga dikenali sebahgai sistem Westminster yang diwarisi daripada penjajah Inggeris. Dalam sistem Westminster ini negara kita mempunyai "Ketua Negara" iaitu DYMM Yang Dipertuan Agong yang berfungsi sebagai simbol istiadat dan Perdana Menteri yang bertindak sebagai "Ketua Kerajaan" yang mentadbir negara. Bagi sesetengah negara seperti Singapura dan India mereka mempunyai seorang Presiden yang bertindak sebagai ketua Negara dan Perdana Menteri sebagai Ketua Kerajaan. Sistem ini berbeza dengan apa yang diamalkan di AS di mana presidennya bertindak sebagai Ketua Kerajaan.


Dalam pilihanraya umum kita memilih wakil kita untuk menjadi ahli DUN dan Ahli Parlimen. Perdana menteri pula akan dipilih oleh ahli parlimen. Dalam amalan biasa PM akan dipilih daripada presiden parti yang menjadi majoriti di parlimen. Kesimpulannya PM dipilih oleh ahli parlimen bukannya rakyat. Oleh itu dalam sistem ini, PM boleh ditukar bila-bila masa oleh ahli parlimen melalui undi tidak percaya atau penolakkan bajet. Berbeza dari sistem yang diamalkan di AS, presiden dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya presiden. Oleh itu presiden akan kekal berkuasa sehingga tamat penggal. Sebab itu pilihanraya kita disebut sebagai pilihanraya umum (General Election).


Terdapat dua jenis pilihanraya dalam pilihanraya umum iaitu constituency based dan proportional rept. Negara kita mengamalkan constituency based di mana pengundi akan mengundi untuk memilih ahli parlimen bukannya parti. Oleh itu ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya tidak boleh dipecat walaupun telah berubah parti. Dalam proportional rept. pula pengundi memilih parti untuk memerintah, parti akan memilih ahli parlimen. Jadi ahli parlimen boleh dipecat bila-bila masa oleh parti

Dalam senario sekarang ini kenapa soal moral dibangkitkan. tidak bermoralkah apabila seseorang ahli parlimen mendapat kepercayaan untuk menjadi ketua kerajaan dan menjatuhkan yang lama. Tidak bermoralkah apabila seseorang ahli parlimen melompat parti. Jika anda merasakan tindakan mereka membelakangi mandat yang diberi semasa pilihanraya, anda sebenarnya tidak mengetahui apa yang anda lakukan semasa memangkah kertas undi dahulu.