Wednesday, August 17, 2011

Aceh: Destinasi Pilihan








Aceh merupakan satu destinasi yang boleh dikatakan kerap juga aku lawati lantaran terdapat ramai saudara mara aku di sana. Oleh kerana datuk sebelah ayah ku berasal dari Aceh maka boleh dikatakan kebanyakkan saudara mara sebelah ayah ku berada di sana. Jadi Aceh bukanlah satu destinasi yang asing bagiku. Aceh sebelum Tsunami dan Aceh selepas tsunami ada sangat berbeza. Jika dulu Banda aceh boleh dikatakan sebagai bandar tradisional tetapi kini Banda Aceh sedang pesat membangun ke arah kemodenan. Sekarang kita boleh melihat restoran-restoran barat seperti KFC dan Pizza Hut, Bank-bank asing, Pusat membeli belah dan kenderaan yang bersesakkan dijalan-jalan di dalam kota yang mana suasana ini tiada kelihatan sebelum ini. Kehadiran ramai ahli sukarelawan asing semasa tsunami sehingga beberapa tahun selepas itu sedikit sebanyak telah mengubah lanskap dan pola kehidupan masyarakat di sana.
Jika anda berhajat untuk melancong ke sana, Aceh adalah satu destinasi yang menjanjikan ketenangan jiwa. Dengan majoriti masyarakatnya yang menjalani kehidupan tradisional dan memegang kuat ajaran Islam anda pasti akan menikmati suasana yang tenang dan damai yang sudah jarang dirasakan di sini. Antara tempat yang menarik yang mesti dikunjungi adalah kawasan peninggalan tsunami sepeti Kapal Letrik yang terdampar dan Kapal di atas rumah di Lambaro.



Sekitar Banda Aceh terdapat banyak kesan sejarah yang menarik untuk dikunjungi seperti makam Sultan Iskandar Muda, Kandang Mueh, Pinto Kop, Gunongan, Cakra Donya, Museum Negeri, Museum Tsunami, dll. Lawatan ke Aceh tidak akan lengkap jika tidak melawat ke Masjid BaitulRahman yang terletak di Banda Aceh. Masjid yang sangat cantik binaannya ini mempunyai sejarah tersendiri termasuklah terselamat dari gelombang tsunami yang melanda pada tahun 2004 dahulu merupakan satu lambang dan kebanggaan Aceh.


Bagi kaum ibu yang gemar membeli belah pula, Pasar Atjeh pasti menjanjikan suatu kenangan yang amat berharga.