Saturday, June 7, 2008

DIRGAHAYU TUANKU

Daulat tuanku, baru-baru ini kita sama-sama menyambut Hari keputeraan DYMM Yang Dipertuan Agong, sebagai tanda sistem beraja masih diamalkan di tanahair kita. Bermula dari kejatuhan empayar Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 sistem politik di Tanah Melayu sering berubah rupa, dari sistem beraja mutlak (absolute mornachy), koloni kepada sistem demokrasi. Selaras itu kita sering dicanangkan bahawa sistem ini adalah sistem yang terbaik di dunia sehinggakan tiada ruang untuk sistem lain. benarkah begitu?


Dalam sejarah Islam sistem demokrasi tidak pernah diamalkan dalam pemilihan pemimpin. Janganlah kita kaitkan perlantikan Khalifah Ar-rasyiddin dengan sistem demokrasi.Perlantikan Khalifah Abu Bakar adalah atas persetujuan ataupun musyauwarah sahabat-sahabat, tiada pungutan suara atau undian dibuat bagi pihak orang awam. Perlantikan khalifah yang seterusnya adalah berdasarkan status quo di kalangan sahabat nabi. Ini diikuti dengan pemerintahan kerajaan Ummaiyyah dan Abbassiyah yang mengamalkan sistem monarki mutlak sehingga mencapai kegemilangan dan menjadi peneraju dunia dalam semua bidang.

Sistem demokrasi yang kita amalkan dipercayai diperkenalkan sejak zaman greek lagi. Tetapi sistem ini menjadi satu sistem yang diamalkan dalam kerajaan apabila berlakunya revolusi Perancis 1789. Revolusi ini telah dicetus oleh kumpulan "Illuminati" yahudi untuk menjatuhkan sistem beraja Perancis. Bagi dunia Islam pula kejatuhan kerajaan beraja Uthmaniyyah ke tangan Kamal Attartuk telah menamatkan satu pemerintahan empayar Islam yang hebat. Kejatuhan kerajaan beraja di dunia kebanyakkannya telah digantikan dengan sistem demokrasi yang pelopori oleh golongan nasionalisme dan "sophist".

Semangat nasionalisme telah menjadikan kita mementingkan diri dan menghalang perpaduan dalam negara-negara Islam. Ini adalah satu kejayaan dalam kempen kolonisasi barat terhadap Islam terutamanya selepas perang salib kedua bagi melemahkan kesatuan dalam Islam. Dengan kuatnya bertapak semangat ini lah menyebabkan rakyat Palestin terus menderita, pembelaan yang sewajarnya dari negara Islam tidak diperolehi.

Istilah "sophist" mungkin kurang kita dengari, Golongan ini telah wujud di zaman Athens lagi dengan dokongan kuat oleh Plato. Socrates dan Aristotle pula adalah penentang golongan ini.

Sophist adalah golongan yang menggunakan logik akal. Bagi mereka tiada yang benar kecuali dapat dibuktikan kebenarannya atau pun melalui hujah yang tidak dapat disangkal lagi. Falsafah ini lah yang digunakan di mahkamah kita dan kebanyakan peguam kita adalah sophist secara sedar atau tidak. Sebenarnya golongan ini lah yang menjadi penghalang dalam melaksanakan hukum-hukum Islam.
Selagi kedua-dua golongan ini memerintah atau berkuasa agak mustahil untuk melaksanakan perundangan Islam. Jika PAS memerintah sekalipun, merealisasi undang-undang Islam bukan lah satu pekara mudah, PAS terpaksa berdepan dengan kumpulan ini samada dari BN atau PR. Ini sukar menjadi realiti kecuali PAS sendiri mempunyai majoriti yang besar di Parlimen.
Bagi yang ingin melihat hukum islam tertegak di bumi tercinta ini kembalikanlah system monarki mutlak sepertimana dahulu. Sejarah telah membuktikan bahawa ke semua kesultanan Melayu dahulu telah mengamalkan hukum-hukum Islam seperti yang tercatat dalam Hukum Kanun Melaka, Undang-Undang Kedah ataupun Batu Bersurat Terengganu dan telah mencapai kegemilangan yang tiada bandingannya. Dengan kuasa istana sahaja dapat melangkaui puak sekular ini kerana melalui demokrasi yang diamalkan di negara ini golongan sekular pasti menguasai Parlimen. Demokrasi yang kita anuti sejak merdeka tidak pernah memberikan apa-apa yang dapat dibanggakan dan sejarah juga telah membuktikan bahawa demokrasi tidak menguntungkan dunia islam melainkan telah menjadikan negara Islam sebagai pak turut yang sentiasa ditindas. Berbanggakah kita dengan system demokrasi yang terbaik di dunia ini? Mitos tentang “feudal lord” sudah tidak releven lagi kerana kita sebenarnya lebih tertekan dengan “political lord”. Tambahan pula di Malaysia kita ada Majlis Raja-Raja yang sentiasa menjaga institusi raja. Hanya system monarki mutlak sahaja menjamin kedudukan Melayu di Tanah Melayu ini. Ini jelas terbukti pada pasca PRU12. Ampun tuanku beribu-ribu ampun sembah patik harap diampun. Daulat Tuanku.

Friday, June 6, 2008

Ku Sangka Minyak rupanya Gula pun Sama

Belum reda terkejut dengan kenaikan mendadak petrol satu lagi kejutan dibuat apabila harga gula tanpa apa-apa amaran terus melonjak sebanyak dua puluh sen. Tak perlulah diulas apa-apa lagi kerana semua orang akan berkata begini bila marah : *%@@@**###%$#"%$##@, terima Kasih Pak Lah. Harapkan menteri Perdagangan, hampeh. Dulu aku sanjung sangat melaun ini, dalam UMNO dialah yang paling bijak, dialah yang paling bersih, dialah yang paling ikhlas, dialah yang paling rajin, dialah yang paling boleh diharap untuk membela rakyat dan dialah yang paling layak jadi PM. Tak disangka-sangka cempedak jadi nangka, ular dah jadi naga, saga dah jadi waja, rambut sama hitam tapi rambut dia lain-lain. Rupa-rupanya dia seorang kapitalis sejati, cakap pandai tapi tak buat apa-apa, kawalan harga dihapuskan perlahan-lahan. Pak mertua dia tauke gula kot?? kalau dia ni terus dok di kementerian ni alamatnya rakyat makan pasir lah. Hampeh..
Bila naik saja barang, keluarlah kenyataan harga di Malaysia paling murah. Sedarlah kita sekarang ni di zaman IT, tak usah membodohkan rakyat kerana rakyat yang bodoh sudah tidak berapa ramai dan termasuk dalam senarai mergastua sebagai spesis yang hampir pupus (bersama-sama dengan famili penyokong UMNO). lihatlah senarai berikut, dan fikirkan sendiri bak kata Zaid Loyar(buruk) ini bukan sains roket.

Iran — RM0.29 seliter.

UAE — RM1.19 seliter

Venezuela — RM0.16 seliter

Nigeria — RM0.32 seliter

Arab Saudi — RM0.38 seliter

Mesir — RM1.03 seliter

Kuwait — RM0.67 seliter

Brunei — RM2.03 seliter

Malaysia — RM2.70 seliter

Indonesia - RM2.14 seliter

*Hanya mereka yang tak lulus add math saja yang kata minyak Malaysia paling murah

Tuesday, June 3, 2008

Herba sr2

Photobucket Album
Stevia rebardiana