Saturday, August 23, 2008

Apa Yang Pemuda UMNO Tedong Tahu Fasal Datuk Onn?

Bersungguh-sungguh Pemuda UMNO Kampung Tedong menyiarkan Sumpah Melayu sambil dihiasi Datuk Onn sebagai Latar Belakang. Sumpah tersebut dilafazkan ketika dia masih lagi UMNO. Ketika itu dia masih lagi mempercayai bahawa dengan UMNO boleh berjuang. Namun Datuk Onn Keluar UMNO, kerana dia mahu membuka UMNO kepada bukan melayu. Kerana apa? Orang UMNO peringkat kampung hanya tahu langkah itu sebagai "pengkianatan kepada bangsa", memang sampai 2008 ini pun pemikiran mereka setakat itu.
Walhal Datuk Onn tidak setuju benar dengan Tunku yang mahu memberikan kerakyatan murahan kepada pendatang asing. Datuk Onn ingin membuka UMNO kepada bukan melayu kerana mahu mengawal kerakyatan. Orang UMNO zaman milenium baru ini yang duduk di Kampung Tedong mana faham. Hasilnya, Datuk Onn keluar UMNO, tubuhkan IMP, kemudian orang IMP sendiri diludah oleh orang UMNO, Itu sebelum merdeka.Tetapi ludahan orang UMNO terhadap orang IMP itu tiada ertinya. IMP mahu merdekakan Malaya tanpa memberi kerakyatan kepada pendatang Asing, UMNO pula memberikanl kerakyatan murahan sebanyak 1 juta dengan harapan mereka dapat mengundi perikatan. IMP dan PAS pada awalnya memang tak bersetuju dengan langkah Tunku dan UMNO memberikan kerakyatan murahan. Oh! Kenapa perlu berikan kerakyatan terus? Mengapa tidak berikan penduduk tetap sahaja dulu, dan sedikit demi sedikit diberikan kerakyatan apabila mereka terbukti setia kepada Negara. Kerakyatan boleh diberikan kemudian, letak sahaja syarat selepas 3 atau 4 generasi. Hakikatnya, Perikatan mahukan undi daripada "kaum pendatang" yang telah diberikan kerakyatan itu. Kemudian UMNO cuba menutup kesalahan mereka dengan mengadakan kontrak sosial, kontrak sosial itu hanya diantara pemimpin perikatan. Mengapa UMNO begitu beria tidak mahu orang membincangkan kontrak sosial? Mereka tidak mahu orang melayu tahu yang mereka yang memberikan kerakyatan murahan. Itu kesalahan utama mereka. Mereka tidak mahu orang kampung tahu, pemimpin PAS Dr Burhanudin Helmi menentang pemberian kerakyatan murahan diberikan oleh UMNO. Takut orang Melayu beralih kepada PAS? Kini, Kerakyatan telah diberi, maka layanlah mereka sebagai rakyat Malaysia. Kalau tak mahu layan sebagai rakyat Malaysia, kenapa dulu berikan kerakyatan murahan?Kalau tak mahu beri layanan sebagai rakyat Malaysia, kenapa tidak berikan sahaja taraf penduduk tetap?

Khairy Cabar Anwar


Gagal tepati janji 16 September, Anwar perlu berundur - Khairy
PERMATANG PAUH: Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mempertaruhkan jawatannya itu jika Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya membentuk kerajaan persekutuan yang baru sebagaimana dijanjikan 16 September ini.
Sebaliknya, kata Khairy, jika Anwar gagal untuk mengotakan apa yang telah diperkatakan sejak tiga bulan yang lalu, beliau perlu melepaskan jawatan sebagai Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga sebagai Ketua Umum Pakatan Rakyat.
“Saya akan meletakkan jawatan, saya pertaruh jawatan sebagai Naib Ketua Pemuda.
“Saya akan meletakkan jawatan pada 16 September…. tapi balasannya, kalau dia (Anwar) tidak bentuk kerajaan, dia perlu letak jawatan,” kata beliau ketika berucap di Bilik Gerakan Pemuda Umno dan Barisan Nasional di Permatang Pasir dekat sini malam tadi.- mstar online.


Sebagai seorang graduan dari sebuah universiti tersohor di dunia ternyatalah bahawa Khairy bukanlah seorang yang bijak. Siapakah Khairy sehingga sanggup mencabar DSAI untuk mempertaruhkan jawatannya sebagai penasihat PKR jika gagal membentuk kerajaan pada 16hb Sept. nanti. Lebih memalukan beliau telah mempertaruhkan jawatan Naib Pemuda UMNO dengan jawatan yang disandang oleh DSAI. Tidakkah beliau terfikir bezanya antara kedua-dua jawatan ini. Tidak malukah beliau tentang perbezaan kedudukannya berbanding DSAI dalam persada politik tanahair. Cabaran ini boleh diibaratkan sebagai seorang yang bertaruh Datsun 120Y dengan Mercedes. Hanya orang bodoh sepetnya sahaja yang akan menyahut cabaran ini.

Thursday, August 21, 2008

Kita Hilang Akhlak


Kalaulah saya memberi skor untuk debat 1 (DSAI lwn Datuk Shabberi) saya akan memberi kemenangan 10 - 0 untuk DSAI. Tapi debat 2 yang belangsung semalam antara Sdr. Lim Guan Eng dan Tan Sri Koh Tsu Koon ternyata berbeza. Nampaknya kedua-duanya sama-sama hebat mempertahankan hujah masing-masing. Oleh kerana Koh Tsu Koon adalah di pihak yang mempertahankan diri dan Sdr. Lim di pihak yang menyerang maka saya beri 1 mata advantage untuk Koh Tsu Koon . Oleh itu skor saya untuk debat semalam adalah 6 untuk Koh Tsu Koon dan 4 untuk Sdr. Lim.

Walaubagaimanapun dalam perdebataan siapa yang menang dan siapa yang kalah bukanlah satu pekara yang penting, apa yang penting adalah hujah yang disampaikan dan sejauh mana penjelasan itu sampai kepada pendengar. Sdr. Lim telah berjaya mendedahkan penyeleweng tanah oleh kerajaan barisan nasional yang telah dibongkarnya. Koh Tsu Koon pula berjaya meyakinkan kesungguhannya untuk membentras penyelengwangan tersebut dan rasional tindakannya terhadap suspek. Apa yang gagal dijelaskannya adalah kegagalannya untuk mendedahkan pekara tersebut kepada kerajaan baru.
Apa yang perlu kita ambil perhatian dari perdebatan ini adalah pendedahan Lim tentang korupsi pemimpin UMNO semasa pemerintahan kerajaan BN di PP. Koh pula bersungguh-sungguh mempertahankannya walaupun telah diakui sendiri oleh Datuk Helmi. Adalah sangat memalukan apabila dua orang berbangsan Cina berdebat tentang penyelewengan pemimpin melayu, seorang menelanjangkan kemungkaran pemimpin melayu dan seorang lagi cuba menutup aibnya. Ini menjelaskan menunjukkan bagaimana intergriti pemimpin melayu sesungguhnya tidak boleh dipercayai lagi sehinggakan perlu diperbetulkan oleh bangsa lain. Paling memilukan adalah apabila Lim berjanji akan melaksanakan amal makruf nahi mungkar seperti yang diajar dalam alQuran. Mengapakah peringatan ini harus datang dari mulut seorang yang bukan ahli kitab apatah lagi islam. Betapa jauh kita meninggalkan alQuran sehingga perlu diingatkan oleh orang lain. Di manakah akhlak mulia yang sepatutnya diamalkan oleh kita seperti yang diajar dalam islam. Adakah alQuran hanya sekadar dibaca dengan lagu, dianjurkan pertandingan membaca alQuran dan kemudian sibuk tertanya-tanya siapa yang menang. Tahniah kepada Lim dan Koh kerana berjaya membuka mata pemimpin-pemimpin tidak berakhlak ini, itupun kalau mereka berfikir dan menginsafinya. Kalau tidak kita jemput saja Sdr. Lim untuk mengajar agama islam kepada mereka. Walallahualam..