Dalam menghadapi situasi sukar ini lantas aku teringat makanan yang pernah menjadi hidangan sampingan kami sekeluarga, terutamanya ketika musim hujan. Makanan yang dimaksudkan adalah ubi gadong, sejenis makanan yang hampir dilupakan ataupun yang tidak pernah diketahui oleh generasi kini atau generasi kota. Bagi kami yang tinggal di pendalaman ubi gadong adalah penyambung nyawa ketika waktu-waktu gawat. Tetapi aku masih boleh bersyukur kerana bapa tidak pernah gagal menyediakan nasi untuk anak-anaknya. Justeru itu kami sekeluarga tidak pernah kelaparan walaupun kadangkala terpaksa mengadap juadah yang kurang gizi. Namum begitu bagi yang kurang bernasib baik ubi gadonglah penyelamatnya. Kemuncak kepada kemiskinan ini ada yang menemui ajal akibat memakan ubi gadong yang beracun sehingga mencetus satu tunjuk perasaan yang dianjurkan oleh mahasiswa pada awal 70an, aku sendiri menyaksikan peristiwa itu (walaupun tidak faham apa yang sedang berlaku). Tunjuk perasaan itu berkisar tentang kemiskinan akibat dari kejatuhan harga getah. Ubi gadong dijadikan simbol kepada kemiskinan dan kesengsaraan sehinggakan ada kumpulan tunjuk perasaan itu menggelarkan diri mereka sebagai gadong

mengalir (sungai) selama beberapa hari supaya racunnya hilang. Alkaloid akan larut dalam air dan dibawa arus sungai. Setelah itu ianya dijemur sehingga kering. Untuk memasaknya ubi ini dikukus dan dimakan bersama kelapa parut. Rasanya sepeti pulut dan sedap dimakan bersama kopi O. Juadah ini juga popular di pantai timur terutamanya pada musim tengkujuh.
Begitulah sukarnya hidup kami pada awal 70an dahulu dan rasanya seperti suasana itu sedang menjengah semula. Jika pemimpin negara kita masih sibuk dengan agenda untuk survival politik masing-masing sehigga tiada masa untuk memikirkan langkah-langkah yang proaktif dalam menangani krisis makanan ini, rakyat akan terus dibebani dengan kesulitan hidup dan “tragedi ubi gadong” pasti akan berulang. Wallahualam.