Dalam Kujungan ku ke Aceh Disember lalu yang merupakan ku yang pertama sejak tsunami, aku berkesempatan melawat tapak-tapak bekas tsunami. Sangat mengkagumkan, bagi yang ke Aceh untuk tujuan ini pastinya akan kecewa. Kenapa aku berkata demikian? Ternyata sekali sudah tidak banyak peninggalan tsunami yang dapat dilihat kecuali penempatan baru yang lebih teratur dan juga beberapa kapal yang tersadai yang sengaja ditinggalkan sebagai satu bahan sejarah. Ternyata andaian ramai pemerhati (termasuk aku) yang menyatakan bahawa untuk aceh pulih seperti sediakala akan memakan masa puluhan tahun
meleset sama sekali. Banda aceh semakin ramai penduduknya, jalan di bandar juga sesak dengan kereta dan sentiasa mengalami
traffik jam, yang tak pernah berlaku sebelum ini. Aku juga difahamkan setelah tsunami melanda ramai orang Aceh yang merantau berbondong-bondong pulang untuk sama-sama membangunkan semula aceh. Mereka yang dilanda musibah ini tidak terus hidup dalam ratapan sebalik terus bangun dan memperbaiki hidup mereka tanpa menoleh kebelakang. Disini ada jawapan mengapa aceh dapat muncul sebagai sebuah empayar yang berkuasa pada satu masa dahulu. Rakyatnya yang mempunyai semagat berjuang dan sentiasa rela berjuang dan inilah yang menjadi aset bagi kerajaan aceh sejak zaman kesultanan Aceh lagi. Sejarah juga membuktikan bahawa aceh tanpa senjata canggih telah mengalahkan dua batalion askar belanda dalam dua perang yang berasingan. Sejarah perjuangan masyarakat aceh bermula sejak dari Sultan Malikul Salleh yang berkerajaan di Samudera (Lhoksemawe) lagi. Aceh juga merupakan satu-satunya wilayah Islam yang tidak berjaya tawan oleh barat di nusantara ini. Malah pada abad ke 16 tentera aceh berjaya menewaskan angkatan portugis yang berpengkalan di Melaka walaupun dipimpin oleh panglima wanita.
Persolaannya sekarang mengapakah hanya wilayah islam di nusantara ini yang dimahukan oleh penjajah barat kenapa tidak kepada wilayah-wilayah lain seperti Siam dan wilayah-wilayah lain di Indochina. Jawapan yang mudah ialah penjajahan oleh kompeni-kompeni barat ini samada di nusantara atau di Timur Tengah adalah kesinambungan dari kempen perang salib kedua. Oleh itu fakta sejarah yang menyatakan serangan Aceh ke atas Melaka adalah kempen perluasan wilayah adalah tidak tepat dan perlu dibuat penilaian semula. Kempen serangan Aceh ke atas Melaka adalah satu kempen dalam mempertahankan Islam di Nusantara, kalau tidak masakan aceh mendapat bantuan dari kerajaan Uthmaniyah Turki dalam bentuk peralatan perang dan tentera elit istana Turki. Ironinya kemasukan islam dinusantara bermula di aceh setelah kedatangan Nakhoda Khalifah ke Perlak pada tahun kira-kira 600 tahun sebelum kesultanan melaka didirikan dan aceh juga merupakan daulah islamiyah yang gagal dirobek oleh tentera salib. Adalah tidak keterlaluan kalau kita katakan aceh yang menjadi tempat permulaan Islam bertapak adalah harapan kita sebagai benteng terakhir Islam di nusantara ini. Oleh itu apa yang berlaku di Aceh perlulah dilihat dengan penuh prihatin.
Apa yang membimbangkan adalah kebanjiran aktivis-aktivis kemanusian ke Aceh telah mengimpot budaya asing ke Aceh. Remaja-remaja Aceh makin terpengaruh dengan budaya asing ini yang pastinya memenuhi kehendak dan selera mereka. Sebuah laman web akhbar online aceh telah melaporkan bahawa 30 peratus pasangan yang berkahwin telah hamil sebelum bernikah. Jika laporan ini benar, adalah sangat sedih bagi negeri yang bergelar serambi mekah ini menghadapi fenomena ini. Pihak berwajib perlulah menangani pekara ini dengan serius agar gelaran serambi mekah dipegang ini bertepatan dengan nilai yang diamalkan. Jika gelombang Tsunami dan dipulihkan dalam masa yang singkat tetapi “Tsunami budaya” terlalu sukar untuk dipulihkan jika ianya melanda.
Kesempatan ini juga aku ingin mengucapkan ribuan terima kepada mereka yang telah banyak membantu sepanjang kami berada di sana terutamanya Kak Suraya, Kak Jas sekeluarga, Bang Bahraini, Bang Waisul, Dedek dan ramai lagi yang tak dapat disebut disini. Wassalam.
No comments:
Post a Comment