Thursday, August 21, 2008

Kita Hilang Akhlak


Kalaulah saya memberi skor untuk debat 1 (DSAI lwn Datuk Shabberi) saya akan memberi kemenangan 10 - 0 untuk DSAI. Tapi debat 2 yang belangsung semalam antara Sdr. Lim Guan Eng dan Tan Sri Koh Tsu Koon ternyata berbeza. Nampaknya kedua-duanya sama-sama hebat mempertahankan hujah masing-masing. Oleh kerana Koh Tsu Koon adalah di pihak yang mempertahankan diri dan Sdr. Lim di pihak yang menyerang maka saya beri 1 mata advantage untuk Koh Tsu Koon . Oleh itu skor saya untuk debat semalam adalah 6 untuk Koh Tsu Koon dan 4 untuk Sdr. Lim.

Walaubagaimanapun dalam perdebataan siapa yang menang dan siapa yang kalah bukanlah satu pekara yang penting, apa yang penting adalah hujah yang disampaikan dan sejauh mana penjelasan itu sampai kepada pendengar. Sdr. Lim telah berjaya mendedahkan penyeleweng tanah oleh kerajaan barisan nasional yang telah dibongkarnya. Koh Tsu Koon pula berjaya meyakinkan kesungguhannya untuk membentras penyelengwangan tersebut dan rasional tindakannya terhadap suspek. Apa yang gagal dijelaskannya adalah kegagalannya untuk mendedahkan pekara tersebut kepada kerajaan baru.
Apa yang perlu kita ambil perhatian dari perdebatan ini adalah pendedahan Lim tentang korupsi pemimpin UMNO semasa pemerintahan kerajaan BN di PP. Koh pula bersungguh-sungguh mempertahankannya walaupun telah diakui sendiri oleh Datuk Helmi. Adalah sangat memalukan apabila dua orang berbangsan Cina berdebat tentang penyelewengan pemimpin melayu, seorang menelanjangkan kemungkaran pemimpin melayu dan seorang lagi cuba menutup aibnya. Ini menjelaskan menunjukkan bagaimana intergriti pemimpin melayu sesungguhnya tidak boleh dipercayai lagi sehinggakan perlu diperbetulkan oleh bangsa lain. Paling memilukan adalah apabila Lim berjanji akan melaksanakan amal makruf nahi mungkar seperti yang diajar dalam alQuran. Mengapakah peringatan ini harus datang dari mulut seorang yang bukan ahli kitab apatah lagi islam. Betapa jauh kita meninggalkan alQuran sehingga perlu diingatkan oleh orang lain. Di manakah akhlak mulia yang sepatutnya diamalkan oleh kita seperti yang diajar dalam islam. Adakah alQuran hanya sekadar dibaca dengan lagu, dianjurkan pertandingan membaca alQuran dan kemudian sibuk tertanya-tanya siapa yang menang. Tahniah kepada Lim dan Koh kerana berjaya membuka mata pemimpin-pemimpin tidak berakhlak ini, itupun kalau mereka berfikir dan menginsafinya. Kalau tidak kita jemput saja Sdr. Lim untuk mengajar agama islam kepada mereka. Walallahualam..

No comments: