Showing posts with label Warisan. Show all posts
Showing posts with label Warisan. Show all posts

Friday, December 7, 2012

MUZIUM PERANG, BATU MAUNG


Muzium perang Batu Maung Pulau Pinang mula buka kepada umum pada tahun 2002. Muzium ini terdiri dari bangunan kubu-kubu di atas sebidang tanah seluas 20 ekar yang di bina oleh penjajah british sekitar tahun 1930. Menurut cerita pegawai muzium tersebut kos membina muzium ini adalah sekitar 40juta pound pada masa tersebut. Buruh-buruh yang dimembina muzium tersebut adalah terdiri dari banduan-banduan yang dihukum mati daripenjara britis seluruh dunia. Selesai sahaja pembinaan buruh-buruh menjalankan hukuman masing-masing berdasarkan kepada waran yang dibawa; jika hukuman gantung maka mereka akan digantung , kalau kena kuman tembak maka mereka akan ditembak. Dengan kaedah in maka pembinaan dan pelan kubu ini menjadi rahsia kerajaan. British sempat menduduki kubu ini hingga tahun 1942. Apabila jepun merampas tanah Melayu merekamengambil alih kubu ini. Selepas Jepun kalah dalam Perang Dunia II kubu ini ditinggalkan dan tidak digunakan semula oleh british. Oleh itu kubu ini banyak tersimpan peninggalan tentera jepun. Dengan panorama yang mengerikan, penerokaan ke muzium pasti akan mengembalikan nostalgia zaman perang sehingga kita bisa merasakan pahit getir pada masa itu. Muzium ini sangat baik untuk pelancongan pendidikan.  

Terowong ke Pusat Pentadbiran 
Pusat Pentadbiran

Tempat meriam Anti Pesawat



Tempat hukuman pancung


Menara pemantau

Bilik Penderaan

Tempat huuman gantung

Hamba seks
Berek

tempat memasak

Berek

Wednesday, August 17, 2011

Aceh: Destinasi Pilihan








Aceh merupakan satu destinasi yang boleh dikatakan kerap juga aku lawati lantaran terdapat ramai saudara mara aku di sana. Oleh kerana datuk sebelah ayah ku berasal dari Aceh maka boleh dikatakan kebanyakkan saudara mara sebelah ayah ku berada di sana. Jadi Aceh bukanlah satu destinasi yang asing bagiku. Aceh sebelum Tsunami dan Aceh selepas tsunami ada sangat berbeza. Jika dulu Banda aceh boleh dikatakan sebagai bandar tradisional tetapi kini Banda Aceh sedang pesat membangun ke arah kemodenan. Sekarang kita boleh melihat restoran-restoran barat seperti KFC dan Pizza Hut, Bank-bank asing, Pusat membeli belah dan kenderaan yang bersesakkan dijalan-jalan di dalam kota yang mana suasana ini tiada kelihatan sebelum ini. Kehadiran ramai ahli sukarelawan asing semasa tsunami sehingga beberapa tahun selepas itu sedikit sebanyak telah mengubah lanskap dan pola kehidupan masyarakat di sana.
Jika anda berhajat untuk melancong ke sana, Aceh adalah satu destinasi yang menjanjikan ketenangan jiwa. Dengan majoriti masyarakatnya yang menjalani kehidupan tradisional dan memegang kuat ajaran Islam anda pasti akan menikmati suasana yang tenang dan damai yang sudah jarang dirasakan di sini. Antara tempat yang menarik yang mesti dikunjungi adalah kawasan peninggalan tsunami sepeti Kapal Letrik yang terdampar dan Kapal di atas rumah di Lambaro.



Sekitar Banda Aceh terdapat banyak kesan sejarah yang menarik untuk dikunjungi seperti makam Sultan Iskandar Muda, Kandang Mueh, Pinto Kop, Gunongan, Cakra Donya, Museum Negeri, Museum Tsunami, dll. Lawatan ke Aceh tidak akan lengkap jika tidak melawat ke Masjid BaitulRahman yang terletak di Banda Aceh. Masjid yang sangat cantik binaannya ini mempunyai sejarah tersendiri termasuklah terselamat dari gelombang tsunami yang melanda pada tahun 2004 dahulu merupakan satu lambang dan kebanggaan Aceh.


Bagi kaum ibu yang gemar membeli belah pula, Pasar Atjeh pasti menjanjikan suatu kenangan yang amat berharga.

Sunday, June 29, 2008

Ikan Air Tawar

PUYU

FAMILI : Anabantidae
NAMA SAINTIFIK: Anabas testudineus
NAMA BIASA : Climbing perch

Biasanya dijumpai kolam sawah tasik dan taliar yang padat dengan tumbuhan. Mempunyai julat tolenransi yang tinggi terhadap perubahan persekitaran menyebabkannya tersebar meluas diseluruh semenanjung. Dapat hidup di dalam lumpur sepanjang musim kemarau. Memakan tumbuhan, anak ikan dan udang.

KALUI






FAMILI : Anabantidae
NAMA SAINTIFIK: Osphronemus goramy
NAMA BIASA :Giant gouramy

Biasa ditemui ditepi tebing sungai yang berumput. Sejenis herbivore, biasanya ditangkap untuk dimakan atau dipelihara.



SEBARAU

FAMILI : Cyprinidae
NAMA SAINTIFIK: Hampala macrolepidota
NAMA BIASA : Hampala barb

Dijumpai didalam sungai yang mengalir bersih dan kurang tercemar dengan air yang agak jernih. Spesis berhijrah yang bersifat karnivor. Biasanya memakan serangga dan ikan kecil. Mempunyai nilai ekonomi yang tinggig agak jenihtercdurang tercdemaremarauekitara menyebabkannya tersebar meluas diseluruh semenanjung

LAMPAM SUNGAI







FAMILI : Cyprinidae
NAMA SAINTIFIK: Barbonymus schwanenfeldii/Puntius schwanenfeldii
NAMA BIASA : Tinfoil Barb



Dijumpai dengan mudah di sungai-sungai, terusan dan tali air. Memakan tumbuhan, lumut dan kadangkala serangga dan cacing. Terdapat dijual segar di pasar

Friday, June 27, 2008

ALAT MENANGKAP IKAN TRADISIONAL sr1

Serkap

Serkap ialah sejenis alat untuk menangkap ikan yang diperbuat daripada buluh, rotan atau bemban. Serkap diperbuat daripada buluh yang diraut halus. Kemudian buluh tersebut akan disusun di atas kerangka yang berbentuk bulat. Kerangka itu pula diperbuat daripada buluh yang dililit menggunakan rautan rotan. Ia berbentuk seperti kelongsong dan terbuka hujungnya. Penangkap ikan akan berjalan sambil menyerkap secara rawak ke dalam air atau lumpur kemudian menggagau ke dalam serkap tersebut. Serkap biasanya digunakan untuk menangkap ikan haruan, keli dan puyu terutamanya di dalam kubang air di sawah pada musim kemarau. Serkap juga boleh digunakan bagi menangkap dan mengurung ayam.
Sauk
Sauk digunakan untuk menangkap ikan, memungut siput, remis di sungai-sungai. Rekabentuk sauk adalah kelihatan seperti satu penceduk atau timba bujur dengan ukuran sekitar 36cm x 15cm x 15cm. Sauk ini mempunyai pemegang yang diperbuat daripada kayu bersaiz sederhana mengikut keselesaan dan keperluan tersendiri. Bahagian sauk yang berbentuk penceduk itu diliputi dengan jaringan berlubang kecil bagi membenarkan air keluar dan meninggalkan hasil yang disauk di dalamnya. Ikan yang biasa ditangkap dengan menggunakan sauk adalah seperti kalui dan belida

Tangkul
Tangkul berbentuk segiempat tepat biasanya berukuran kira-kira 25 kaki persegi dan di sisinya terdapat satu pergelangan yang diperbuat daripada rotan. keempat-empat pepenjurunya diikat dengan tali kira-kira 10 kaki dan disambung pada sebatang galah supaya mudah diturun-naikkan. Tangkul direndam di dalam air selama sepuluh minit sebelum diangkat. Ikan-ikan yang berada di kawasan tangkul akan terperangkap di dalam kandul pada bahagian tengah tangkul. Hasil tangkapan dengan menggunakan tangkul adalah seperti sepat, puyu dan seluang




Lukah
Lukah ialah sejenis alat menangkap ikan di kawasan air tawar. Ia sesuai digunakan di temapt seperti tali air, sungai dan parit. Lukah berbentuk seakan-akan seperti bubu. Ia diperbuat daripada bilah rotan atau buluh yang disusun dan diikat hingga menjadi seperti sebuah bekas. Lukah mempunyai saiz panjang lebih kurang satu meter dengan garis pusat lebih kurang 20 hingga 30 sentimeter. Di bahagian hujung dalam lukah terdapat lubang untuk membolehkan ikan masuk di mana terdapat bilah rotan yang runcing dan tajam yang disusun menjadi seperti kon di sepanjang lauan ikan. Ini menjadikan laluan tesebut semakin sempit dari lubang yang pertama sehingga lubang yang kedua. Terdapat jejari tajam pada bahagian hujung lubang yang kedua. Ia bertujuan untuk mengelakkan ikan daripada terlepas keluar melalui lubang yang sama. Ikan yang masuk sehingga melepasi lubang yang kedua akan terperangkap di bahagian dalam lukah. Terdapat juga lubang yang berfungsi untuk mengeluarkan ikan daripada lukah pada bahagian paling hujung lukah.
Bubu
Bubu merupakan sejenis alat menangkap ikan dan termasuk dalam kumpulan perangkap. Terdapat beberapa jenis bubu antaranya ialah bubu batang, bubu daun, bubu janbul dan bubu sadah. Secara amnya, sebuah bubu dibentuk daripada tapak berbentuk empat segi bujur yang diperbuat daripada rotan atau buluh mengikut rupa bentuk tertentu. Seluruh tapak dan rangka ini diliputi dengan kawat mata punai. Di bahagian depannya terdapat satu pintu masuk yang dipanggil injap yang berbentuk seperti leher kuda. Fungsinya adalah untuk memerangkap hasil tangkapan dengan membenarkan ikan masuk tetapi menghalangnya daripada keluar, manakala satu lagi pintu yang boleh dibuka dan ditutup, berada di bahagian tapak untuk mengeluarkan hasil tangkapan. Antara hasil tangkapan ikan yang biasa diperolehi ialah ikan sepat, keli, haruan, puyu dan ikan air tawar yang lain yang amat digemari oleh masyarakat desa.